Tuesday, June 19, 2007

Tempat kucing tidur

Idea nih dapat bila tengok benang crochet pink.. kenapa lah beli warna pink macam tu... hmm mengenangkan dah terbeli, pastu nak bagi habis cepat, maka terciptalah tempat tidur kucing. Anak2 kucing tidur dua2 ekor kat tempat ni (anak kucing pun pandai share).. tapi sekor dah di'adopt' oleh orang tinggal sekor je... Nilah dia:

Perubahan....

Lama dah tak tulis kat sini... decide tanak bergantung pada English shaja. Hari tu nak try masuk CPC; pastu English is compulsory, tapi mengenangkan tak dapat pun masuk dalam list diorang, baik tulis je dalam Melayu.

Sempena baru nak start update blog dan sebab memang terikut2 blog2 makanan; pembuka tirai blog ni ialah

SPAGHETTI GORENG ALA MAMAK:

Bahan2:

Spaghetti - banyak mana ikut suka perut masing2

Isi ayam potong kecik2
Sedikit kunyit & garam
Sedikit tepung nak goreng; guna tepung tempura dlm gambar ni

2 ketul garlic
1 biji bawang merah
sedikit cili kering blend
sedikit sos cili & tomato
sedikit sos ikan
sedikit kicap masin
1 biji telur

Cara2
1. Rebus spaghetti
Rebus spaghetti ngan air pastu letak butter sikit (tak nak bagi melekat); dah lembut, toskan spaghetti

2.Goreng ayam
Gaul ayam ngan kunyit dan garam,
dekat nak goreng tuh gaul ngan tepung tempura (make sure ayam tu tak basah sangat)
Angkat ayam asingkan dulu

3. Goreng spaghetti
Pakai minyak ayam tadi
tumis garlic sampai naik bau,
masukkan bawang merah (nak blend ke nak potong ke suka hati), pastu masukkan cili blend (sikit je)
Dah bau sedap, masukkan spaghetti,
Sambil2 tu masukkan kicap, sos cili & tomato dan sos ikan (nak ganti ngan sos tiram pun ok)
Kacau sebati, bila spaghetti dah nampak ok warna dia masukkan telur (pecahkan saja atas kuali)
Goreng sampai masak
Angkat.

4. Nak hidang
Letak spaghetti goreng atas pinggan, pastu tabur lah ala2 kedai ayam goreng tadi.. nyum nyum nyum

Lupa lak masa buat ni takde sayur2ran... so nak masukkan kobis ke carrot ke pun boleh jugak

Selamat makan...